HOME | SITEMAP | TIPS |

Saturday, 2 June 2012

Benarkah cinta itu menyakitkan?


As'salam..


Benarkah cinta itu menyakitkan?

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Hargailah pasangan anda 

Sumber: akusijebat


Thursday, 31 May 2012

Derita Pemuda Sindrom Proteus



Gelaran lelaki gergasi mungkin sudah biasa bagi dirinya, namun tiada siapa yang tahu dan memahami jiwa sebenar pemuda ini. keadaan fizikalnya sudah cukup menceritakan derita yang ditanggung oleh pemuda dari Lahore ini. Sain Mumtaz, 22 mengalami kecacatan akibat sindrom proteus, sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan beberapa anggota tubuh badannya terus membesar sehingga menyukarkannya untuk bergerak.



Kredit: http://akusijebat.blogspot.com  



Tutorial membuat sitemap dengan mudah

Assalamualaikum..

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu Sitemap,dan apa fungsinya.
disini saya nak kongsikan serba sedikit mengenai Sitemap dan bagaimana cara membuatnya di blog anda
mengikut teknik dari Abu-Farhan.

                       

Apa 'binatang' sitemap ni?

Sitemap atau bahasa melayunya Peta Laman adalah merupakan tempat dimana letaknya kesemua senarai
entri-entri/post yang terdapat di dalam blog kita,ianya dibahagikan mengikut Kategori/Label yang kita buat pada setiap entri kita dan disusun mengikut turutan abjad.

Apa fungsi Sitemap ni bro?

Sitemap berfungsi sebagai Direktori bagi memudahkan setiap pengunjung blog untuk mencari atau melihat keseluruhan kandungan entri yang terdapat pada blog kita.konsepnya hampir sama dengan Widget Label yang ada pada blogspot,tetapi sitemap lebih nampak kemas kerana semuanya akan dipaparkan melalui satu skrin dengan hanya satu 'klikan' sahaja.
fahamkan?aku pun mula-mula mmg agak blur jugak hehe...

Jom 'try test' cara membuat sitemap ni

1. Copy kod dibawah ini

<script style="text/javascript" src="http://www.abu-farhan.com/script/daftarisiblogger/blogtoc-min.js"></script> <script src="http://www.abufarhan.co.cc/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>


2. Pergi ke Dashboard > New Post klik pada Edit HTML dipenjuru atas tu
3. Copy Paste kan kod tadi
4. Tukar URL berwarna oren kepada URL blog korang
5. Namakan tajuk post korang sebagai Sitemap atau peta laman dan Labelkan sebagai Sitemap
    (jgn campur dengan label lain)
6. Jangan save dulu! klik preview,kalau semua dah ok dan menjadi bolehlah korang Publishkan

Selamat Mencuba :)

Kredit: akusijebat


  


Quam un skeptic